Gout
kini merupakan satu penyakit yang semakin banyak menyerang rakyat
Malaysia. Penyakit ini sudah menular dengan rancak dan paling ramai yang
menghidapinya ialah kalangan lelaki berusia lebih 40an. Namun ada
antara kes gout juga menyerang lelaki berusia awal 30an.
Apa
sebenarnya penyakit gout? Gout ialah satu penyakit yang diakibatkan
oleh peningkatan asid urik di dalam darah. Apabila tahap asid urik dalam
darah ini terus meningkat, sebahagian asid urik ini akan membentuk
“kristal asid urik” pada bahagian sendi-sendi dan ini akan menyebabkan
sendi ini mengalami sakit, sukar di bergerak, pembengkakan dan
inflamasi. Gout selalunya menyerang sendi pada ibu jari kaki.
Asid
urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan
RNA) yang berlaku di dalam hati. Asid urik juga dihasilkan apabila
manusia mengambil makanan yang tinggi kandungan protinnya seperti
daging. Protin akan diuraikan kepada asid amino dan sebahagian asid
amino yang berlebihan akan diuraikan kepada asid urik. Dalam bahasa
mudah, asid urik adalah hasil penguraian sel yang mati serta dari
makanan yang diambil.
Kadar normal asid urik dalam darah
meningkat apabila kanak-kanak meningkat remaja dan dewasa. Kadar
kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi
perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan
asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid
urik mulai terbentuk. Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah
melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang
teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan
menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi. Aras
asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout
boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau
pelbagai masalah buah pinggang (kidney failure).
Dalam
keadaan normal, asid urik dalam darah ini akan dikeluarkan daripada
tubuh sebahagian besarnya melalui air kencing dan bakinya melalui
ketulan najis. Masalah hanya akan timbul apabila asid urik dalam darah
ini tidak dapat dikeluarkan dari tubuh. Apabila ini berlaku maka paras
asid urik akan meningkat dan seterusnya mengakibatkan gout.
Apabila
pesakit gout menemui doktor, apa yang akan dibuat oleh doktor ialah
dengan memberikan ubat untuk menghilangkan kesan sakit (pain killer),
mengurangkan pembengkakan dan mengurangkan paras asid urik dalam darah.
Bagi
mengurangkan paras asid urik, selalunya doktor memberikan ubat
Allopurinol (Lopurin, Zurinol, Zyloprim). Ubat ini berfungsi untuk
mengurangkan kandungan asid urik dalam darah melalui kaedah
“memperlahankan pengeluaran asid urik. Kemungkinan kesan sampingan ubat
ini ialah gatal kulit, perut meragam dan kadang-kadang boleh juga
menyebabkan kesan alergi pening dan sakit otot. Sebenarnya ubat
allopurinol tidak menyembuhkan gout, ia hanya sekadar memperlahankan
pengeluaran asid urik dari tubuh. Bagi saya penggunaan ubat jenis ini
langsung tidak munasabah.
Selain allopurinol, ubat pain
killer dan mengurangkan pembengkakkan yang diberikan doktor sebenarnya
memanglah kelihatan seperti sesuatu yang amat hebat kerana ia memberikan
kesan positif dalam jangka masa singkat selepas pengambilanya iaitu
selepas beberapa jam namun sebenarnya pada pandangan saya ia adalah
“racun” yang sebennarnya menambahkan masalah bagi pesakit gout. Ini
kerana kebanyakan pain killer yang diberikan doktor, selain dari
menghilangkan kesan sakit pesakit gout, ia sebenarnya merosakkan buah
pinggang dan ini bukan lagi rahsia di kalangan doktor. Kadang-kadang
terdapat kes perbalahan antara doktor kerana antara mereka ada yang
tidak bersetuju kerana doktor tersebut memberikan pain killer dari
jenama tertentu kepada pesakit gout. Begitulah, sesama mereka pun
berbalah, mana yang betul?
Ubat pain killer merosakkan
buah pinggang dan apabila buah pinggang semakin rosak, semakin sukar
untuk buah pinggang ini menyingkirkan asid urik dari tubuh. Inilah
sebabnya saya menghalang sebarang penggunaan ubat pain killer dan ubat
bengkak dalam menangani gout.
Amalan Untuk Menjaga Buah Pinggang:
1.
Minuman yang diambil hendaklah melebihi 2 liter sehari. Orang banyak
bekerja kuat dan berpeluh perlu mengambil air yang lebih lagi. Masaalah
kurang minum ini lebih parah di kalangan orang Melayu.
2. Elakkan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram
3. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk kering seperti asam boi, buah kana
4. Elakkan segala macam buah-buahan jeruk basah seperti mangga jeruk, ceremai dan anggur jeruk.
5. Elakkan memakan mee segera.
6. Elakkan memakan makanan seperti Twisties, Chikadess, O Ring dan sebagainya.
7.
Elakkan memakan mee kuning dan roti canai. (Gantikan mee kuning dengan
spageti dan roti canai dengan capati dan tosei). Segala produk yang
menggunakan tepung putih juga perlu dielakkan seperti roti dan pizza.
8.
Elakkan Nescafe, air Sunquick, Orange Squash dan segala minuman
berperisa kerana kandungan utama minuman ini ialah bahan kimia, pewarna
dan perisa.
9. Elakkan minum teh kedai kerana teh jual di kedai
adalah teh recycle yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan
perisa.
10. Elakkan chokelat dan minimakan air Milo. Gantikan Milo dengan Horlicks.
11. Elakkan mengambil sebarang air minuman bergas.
12. Elakkan mengambil jambu batu atau jus jambu batu
13.
Kurangkan atau minimakan pengambilan durian, rambutan, ciku, mangga
siam, mata kucing siam dan longan. (Makan ala kadar sahaja)
14. Elakkan tembikai dan tembikai susu
15. Kurangkan pengambilan kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sedikit sahaja dan jangan kerap mengambilnya.
16.
Kurangkan mengambil ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan
pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang cuma 31 hari
sahaja akibat diberikan ubat-ubatan ini. Cuba gantikan dengan ayam
kampung atau ayam yang dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning.
Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.
17. Bila makan
daging, pilih daging tanpa lemak (tendon). Bila makan ayam (kampung)
pilih makan bahagian dada dan elakkan bahagian banyak tendon seperti
wing (kepak) dan peha.
18. Elakkan makan buah oren seperti oren Sunkist, air limau seperti air teh O limau.
19. Elakkan makan cendawan dan produk cendawan
20. Elakkan makan ikan berbisa seperti ikan semilang dan ikan pari.
21. Elakkan makan organ dalaman seperti hempedal, hati, jantung dan tidak ketinggalan telur ikan.
22. Kurangkan makan makanan kari seperti kari ikan dan daging.
23. Elakkan sayur kacang buncis, bayam, petola dan bunga kubis
24. Elakkan berlari dan melompat (gantikan dengan berjalan) bagi yang sudah mengalami gout
25. Elakkan berurut terutamanya di bahagian pinggang
26. Kurangkan atau elakkan pulut, keladi, keledek, kentang dan ubi
27. Elakkan jering, petai dan kerdas
28. Kurangkan pengambilan minyak kelapa sawit.
29. Elakkan menonton bahan pornografi
30. Elakkan menaiki motorsikal dengan kedudukan kaki ke hadapan seperti menaiki motorsikal Jaguh.
31. Elakkan sebarang ubat-ubatan seperti pain killer dan sebagainya
32. Elakkan mengambil sebarang supplement seperti multivitamin dan sebagainya
33.
Kurangkan atau elakkan tepung putih (tepung gandum) serta makanan yang
dibuat daripadanya termasuk roti putih. Tepung ata yang digunakan
membuat capati adalah baik.
34. Elakkan Ikan masin jeruk seperti ikan tenggiri
35. Elakkan sayuran jeruk
36. Elakkan makanan dalam tin seperti sardin dan buah-buahan bertin
37. Elakkan telur masin
38. Elakkan cuka makanan tiruan (usahakan cuka makan asli dari apel hijau)
39.
Elakkan makanan segera (Fast food) seperti KFC, Mc Donald, burger,
sosej, dan sebagainya. Amerika adalah negara terhebat di dunia dengan
fast food diikuti dengan Hong Kong, Australia dan England. Amerika juga
adalah negara terhebat dengan penyakit berkaitan buah pinggang diikuti
oleh Hong Kong, Australia dan England.
40. Elakkan terjatuh dan berurut di bahagian pinggang.
41. Elakkan menahan terlalu lama daripada membuang air kecil (tahan kencing)
42. Kurangkan makanan bersantan
43. Kurangkan makanan yang mengandungi bahan pewarna, perasa dan pengawet tiruan dan termasuk Ajinomoto
Makanan atau Amalan yang perlu diamalkan:
1.
Minum air masak / suam dengan banyak terutama sekali bila masuk tidur.
Lebih elok lagi sampai perlu bangun tidur pukul 3 pagi kerana perlu
kencing
2. Amalkan minum teh misai kucing 2 uncang sehari.
3. Makan peria dan peria katak
4. Sawi pahit, kacang botor, kacang panjang, kailan
5. Susu tepung (bukan anelene, HL atau low fat)
6. Minyak zaitun. Satu sudu besar sehari adalah amalan yang disarankan
7. Ulam seperti ulam raja, pucuk gajus, pegaga dsb
8. Buah Delima
9. Epal hijau 2 biji seminggu
10. Burung seperti burung puyuh dan merpati
11. Daging itik, rusa, pelanduk, napuh, landak, arnab dan sebagainya
12. Garam kasar menggantikan garam halus
13.
Berendam dalam air panas pada paras pinggang selama 20 minit selepas
minum segelas air suam (dalam besen atau pun tab mandi) atau SPA.
14. Makan lebih banyak sayur-sayuran
15. Makan kapsul HABBATUS SAWDA
16.
Minum air kelapa dara 1 sudu besar sehari atau 2 kali sehari. Sekiranya
sudah mengambil minyak zaitun, tidak perlulah lagi mengambil minyak
kelapa dara ini. Sekiranya sudah mengambil minyak kelapa dara, tidak
perlulah lagi mengambil minyak zaitun.
mir sarankan kepada Pesakit Gout mengamalkan pengambilan 2 biji SNE capsule sebelah pagi dan 2 biji SNE capsule pada sebelah malam setiap hari ,, amalkan sehingga penyakit menunjukkan tindakbalas positive dan bole menambah bilangan SNE CAPSULE 2 biji pagi,, 2 biji tengahari dan 2 biji sebelah malam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan