Jerawat badan |
Jerawat di belakang badan yang mengikut pandangan awal doktor tidak mendatangkan apa-apa kesan. Biasalah doktor berkata demikian. Tetapi apabila telah melarat doktor akan berkata mengapa lambat datang?
Sudah teruk baru nak jumpa doktor. Minta maaf la doktor, tapi tak semua macam tu, namun biasa dengar macam tu. Jerawat ini sebenar sudah 4 tahun di belakang badan duduk di tengah2 antara bahu di belakang badan saya .bila kat HSA dulu, doktor pun kata gitu,
"awat hang lambat buat rawatan ni"?
![]() |
Bisul |

Saya berjumpa doktor swasta dan beliau memberikan antibiotik untuk di makan. Tiada krim untuk sapuan.
Ada perubahan baik tetapi lagi dua hari hendak berangkat, timbul semula tanda-tanda merah dan doktor menyambung lagi dengan antibiotik. Apabila antibiotik habis dan ketika itu saya sudah berada di Mekah, tiada tanda-tanda untuk sembuh, saya hanya menyapukan dengan air zam-zam dan berdoa.
Kuasa Allah 3 hari kemudian timbul 4-5 bisul di kawasan jerawat tersebut. saya pasrah dan menutupnya dengan plaster dan menunggu masa untuk balik ke Malaysia Lagi pun hanya beberapa hari lagi nak balik .
Sesampai sahaja di Malaysia saya pergi mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Pontian. Dia mengatakan bisul dan telah pun pecah. Doktor ini menggores bisul tersebut seperti tanda palang. pushhhhh memancut darah bisul . Namun tiga hari kemudian atas nasihat en azmi pegawai di Pusat Kesihatan Ayer Baloi, saya berjumpa dengan doktor kerajaan di Pusat Kesihatan Ayer Baloi dan beliau merujuk saya ke Hospital Pontian kerana saya adalah diabetik (sudah 20 tahun mengidap diabetes )
Doktor mengatakn bisul itu adalah 'curbancle' sejenis bisul yang selalu di alami oleh pesakit diabetis. A carbuncle is a skin infection that often involves a group of hair follicles. The infected material forms a lump, called mass, which occurs deep in the skin. Biasanya menyerang pesakit diabetes
Saya di rujuk ke Hospital Sultanah Aminah. Di HSA Johor Bahru, doktor membuat keputusan untuk membedah bisul tersebut kerana bimbang akan merebak ke seluruhan belakang saya. Masya ALLah. punya la takuuuuuuuuuuut
Itu dia, hasil pembedahan. Gambar ini adalah sehari selepas pembedahan. |
selepas pembedahan saya mengambil SNE Capsule dan minum Excel tea untuk menyelaraskan parasa gula dalam darah saya.. Alhamdulillah masih ada insan dan kaedah yang membantu mengurangkan masalah saya.
Setiap hari saya mengamalkan Makan 2 biji SNE capsule sebagai suppliment harian saya,, dan jika berkemampuan saya memecahkan sebiji sne capsule dan menyapu di luka tersebut,,
Luka selepas 2minggu pembedahan dan menyapu sne capsule.. tisu daging mula memenuhi ruangan tepi luka tersebut
masih 2 Minggu, masa kritikal, doktor kata
kalau paras gula u control, luka ini akan merebak, bernanah. U perlu kawal paras gula dalam darah.
saya menjadi takut,, tapi alhamdulillah,, saya masih meneruskan mengambil sne capsule dan minum excel tea,, jika orang lain berjaya,, masakan saya sendiri putus asa
Selepas 2 minggu check up.. sekotak lebih sne capsule di telan dan di sapu pada luka ..Pedih ni. Berdenyut-denyut. Tuhan aje yang tahu. |
Alhamdulillah paras gula dan penyakit deabets yang saya alami mula berkurangan dan hampir ke paras normal! Alhamdulillah syukur
4 minggu. Gatal, macam nak garu-garu. tangan asyik menggosok ke belakang sahaja. Daging baru mula tumbuh daripada tepi ke tengah luka |
selepas itu luka bertambah baik dan masih di sapu sne capsule bagi mengurangkan parut pembedahan yang besar supaya tidak ketara heheheheh
![]() |
sne capsule di sapu pada luka |
![]() |
7 minggu |
![]() |
selepas 8 minggu |
Begitulah padahnya penyakit kencing manis.
Namun saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana luka ini telah sembuh sepenuhnya walaupun gatal kadang-kadang datang menjelma. sabor aje lah.. Hanya parut yang tinggal.
Saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada my lovely honey mrs zain ( Wife ) yang tidak jemu-jemu mencucui luka, mengambil gambar setiap kali cucian, Doktor Mutalib dan AMIRUL SYAFIQUE yang mengajar cara-cara mencuci luka, Memperkenalkan product SNE , abang saat yang rajin memplasterkan bisulku di mekah, en azmi di Klinik ayer Baloi dan semua yang terlibat membantu saya secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah yang membalasnya.
oleh itu tuan/puan yang masih sihat, jagalah kesihatan. elakan makanan yang bergula kelat. Kurangkan gula dalam makanan/minuman tambahkan manisan dalam senyuman.
Saya mohon MAAF kalau gambar2 ini mengerikan anda. Kalu anda ngeri apalagi saya yang mengalaminya.
Hanya kepada Allah aku berserah, meminta pertolongan dan segala-galanya kerana Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan