
Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita.
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi tiroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan tiroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah tiroid.
Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit tiroid? Antara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah :
Perempuan
Genetik
Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
Usia lebih 60 tahun
Merokok
Jenis penyakit tiroid
Ada dua jenis sakit tiroid yang utama :
1. Hypertiroidism / tirotoxicosis 2. Hypotiroidism
Hypertiroidism / tirotoxicosis
Dalam kes ini hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :
Grave disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.
tiroiditis atau tiroid bengkak: Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri.
Toxic nodule goitre: Terlalu banyak iodine di dalam makanan.
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypertiroidism:
Bengkak di leher
Cirit birit
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Konsentrasi kurang
Kulit lembap
Lemah
Mata menjadi besar (bulging)
Mood yang tidak menentu
Muscle cramp
Nervous dan gelisah
Oesteoporosis atau kereputan tulang
Pengeluaran peluh banyak atau bertambah
Rambut tidak kuat
Suhu badan naik
Sukar bernafas
Sukar tidur
Tak tahan panas
Tekanan darah naik
Tremor atau menggeletar
Turun berat badan walaupun selera makan meningkat
Rawatan:
Ubat Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa gelisah.
Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hypertiroidism
Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman
Radioaktif iodine
Membuang tisu sel tiroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypotiroidism dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka.
Pembedahan: Sebahagian tiroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung.
Anda juga
bole menggunakan alternative seperti pengambilan SNE CAPSULE 2 biji pagi + 2
biji sne capsule malam
Selepas pengambilan
selama 2 minggu,, boleh di tambah SNE CAPSULE + BEUTSKIN ESSENCE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan