Sabtu, 28 Mac 2015

AIR DETOX





AIR DETOX

Anda boleh gunakan apa-apa sahaja buah-buahan citrus, seperti limau nipis, lemon, oren, limau kasturi, nenas, epal hijau, tembikai, pear, timun, strawberry, atau lain-lain buah-buahan yang membantu proses detox.
Buah-buahan ini anda pilih lah beberapa biji yang anda suka. Kalau boleh berlainan warna kerana fungsi warna juga membantu dalam proses detox
Anda juga boleh tambahkan daun pudina untuk rasa yang lebih segar
Potong atau hiris buah-buahan ini nipis-nipis.
Kemudian masukkan ke dalam botol atau balang yang boleh di tutup nanti
Kemudian tambahkan air sejuk atau air dari peti ais sebanyak 1 liter.
Jika suka anda boleh tambahkan ketulan ais, tapi anda harus ingat ketulan ais tidak baik untuk kesihatan.
Bila semuanya dah sempurna, tutup bekas dan simpan dalam peti ais semalaman atau paling kurang 8 jam sebelum boleh di minum.
Sebaiknya anda minum pada awal pagi sebelum menjamah makanan. Bagi anda yang bekerja mir cadangkan anda lakukan pada hujung minggu kerana tau-tau aje lah kan.. namapun detox sudah semestinya anda akan kerap ke tandas. Jadi pastikan iannya tidak menganggu rutin harian anda sehari-hari. Selamat mencuba!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan