Ramai golongan wanita yang mengidamkan tubuh badan yang langsing.
Mereka percaya bahawa karbohidrat adalah sumber utama yang akan menambah
berat badan mereka.
Oleh itu, ramai yang sanggup menahan lapar dan memberikan seribu alasan
apabila diajak makan. Makanan seperti nasi langsung tidak disentuh
kerana takut berat badan akan naik. Namun berkesankah diet rendah
karbohidrat ini? Jom ketahui dengan lebih lanjut.
Jangan tinggal sarapan
Ramai yang tahu sarapan adalah penting, namun ramai yang tidak
mengamalkannya. Karbohidrat mengambil masa untuk ditukarkan menjadi
tenaga agar tidak tersimpan sebagai lemak. Oleh itu, sarapan adalah
waktu yang paling sesuai untuk memberikan masa yang cukup agar tubuh
badan kita membakar tenaga semasa melakukan aktiviti seharian. Contoh
sarapan yang sesuai diambil untuk diet rendah barkohidrat adalah bijirin
oats dan juga telur.
Elak makanan yang diproses
Hadkan pengambilan karbohidrat kamu dengan meletakkan jumlah tertinggi
yang boleh kamu ambil dalam sehari. Jika lapar gantikan dengan
buah-buahan berkarbohidrat rendah ataupun roti mil penuh.
Makan supplement
Ambil supplement tambahan dan juga multi-vitamins. Badan kamu memerlukan
nutren tambahan untuk menghasilkan sel baru dan membantu meningkatkan
tahap kecegasan. Ambil supplement seperti Spirulina untuk menambah
tenaga dan menyihatkan lagi badan. Pastikan produk tidak mengandungi
gula atau artificial sweetener.
Gantikan nasi dengan pasta, laksi, mi dan bihun
Pasta adalah sumber karbohidrat yang lebih sihat berbanding nasi.
Terdapat jugak 'whole wheat' pasta yang mengandungi serat yang tinggi.
Masak pasta bersama bawang putih dan cili menggunakan minyak zaitun
berserta hirisan dada ayam. Pastikan tidak ada kulit ayam untuk lebih
sihat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan