
Ini kerana hasil penyelidikan mendapati ekstrak propolis kaya dengan bahan antioksida seperti bioflavanoid dan asid eter fenetil kafeik yang berupaya mencegah pendarahan.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Medika 2013 itu dijalankan sekumpulan penyelidik ke atas 106 responden yang menghidap penyakit tersebut di Rumah Sakit Persahabatan, Jakarta Timur, Indonesia selama empat hari.
Pesakit dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang diberi plasebo dan propolis dengan kuantiti 100 miligram sebanyak tiga kali sehari.
Hasil ujian darah pada hari kedua menunjukkan jumlah trombosit pada kumpulan yang diberi propolis lebih tinggi dan mereka pulih dengan lebih pantas.
Penyelidik yang juga Ketua Jabatan Farmakologi dan Terapeutik, Fakulti Perubatan Universiti Sumatera Utara, Aznan Lelo memberitahu, sifat antivirus pada propolis membantu menyembuhkan keradangan dengan cepat.
“Pada hari kedua penyelidikan, responden yang mengambil propolis sudah berasa baik dan ingin pulang.
“Dengan proses penyembuhan lebih cepat, pesakit tidak perlu dirawat di hospital dalam tempoh yang lama,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan