Necrotizing fasciitis juga dikenali sebagai penyakit pemakan daging atau bakteria pemakan daging
adalah satu jangkitan yang jarang-jarang berlaku yang melibatkan kulit
dalam. Ia merebak merentasi tisu fascia di bawah kulit dan kulit dalam.
Ia sangat cepat merebak terutama kepada pesakit kencing manis dan
kanser. Pesakit ini biasanya lemah ketahanan badan dan tidak mempunyai
imun untuk melawan penyakit. Oleh kerana ia sangat merbahaya dan cepat
merebak, kebiasaannya ia dirawat menggunakan antibiotik dengan dos yang
tinggi dan kaedah pembedahan.
Gejala dan Tanda
Penyakit ini jarang terkena kepada pesakit yang sihat. 70% daripada kes
pesakit yang direkodkan adalah mereka yang merupakan penghidap kencing
manis, masalah imun yang rendah kerana memakan ubat seperti ubat kanser,
pesakit kanser dan penderita penyakit kronik.
Pada awalnya, kawasan yang terkena jangkitan mungkin bermula dari luka
kecil. Walaupun luka yang kecil, pesakit merasakan kesakitan yang
teramat sangat.
Sebenarnya kedudukan bakteria yang berada bawah di dasar kulit
menyebabkan kulit kelihatan seperti tidak ada apa-apa. Dalam tempoh
beberapa jam, tisu semakin membengkak dan merah. Ini kerana bakteria
semakin merebak ke sekitar kawasan sekeliling. Kulit mula bertukar warna
menjadi kebiruan dan keunguan. Blister atau pelepuhan mula kelihatan
dan kulit dan sel bawah kulit mengalami kematian (necrosis).
Pesakit yang mengalami necrotising fasciitis biasanya mengalami demam
dan kelihatan sangat lemah dan tidak sihat. Kadangkala pesakit muntah
dan cirit birit. Sekiranya tidak dirawat 73% daripada penghidap boleh
membawa maut.
Pathofisiologi
Bakteria pemakan daging ialah satu misnomer. Bakteria tersebut
sebenarnya tidak memakan daging itu. Apa yang bakteria itu lakukan ialah
ia merosakkan kulit dan otot dengan merembeskan satu toksin. Toksin ini
yang menyebabkan kerosakan kepada sel tubuh. Nama bakteria itu ialah
Streptococcus pyogenes.
Rawatan
Pesakit akan dibedah sekiranya pesakit didiagnos dengan penyakit
necrotizing fasciitis. Tisu-tisu yang dijangkiti akan dibuang secara
agressif .Pembedahan adalah pilihan rawatan yang paling utama kerana
membiarkan tisu yang dijangkiti akan menyebabkan toksin merebak ke
tempat lain pula. dalam masa yang sama antibiotik ke dalam saluran darah
vena juga akan diberikan.
Setelah banyak tisu kulit dibuang ia akan menyebabkan luka yang besar
terbuka di kawasan pembedahan. Luka yang besar ini akan ditutup dengan
kulit yang diambil daripada kawasan badan yang lain. Kebiasaannya
pesakit akan di rawat di kawasan rawatan rapi dan sangat ketat
kawalannya untuk mengelakkan jangkitan.
Sekiranya masalah itu sangat ekstrim, amputasi organ mungkin menjadi
pilihan. Selain daripada itu rawatan hyperbaric oxygen boleh membantu
pesakit namun tidak banyak hospital yang menawarkan kaedah ini. Anda boleh mencuba mengambil SNE Capsule 2 biji sebelah pagi dan 2 biji sebelah malam sebelum tidur dan di nasihatkan minum air kosong secara berlebihan bagi mengeluarkan toksin yang terkumpul didalam badan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan