Assalamualaikum...
Tengahari tadi saya ada terdengar
satu temuramah di antara DJ radio IKIM dengan seorang pakar sakit Tuan
berkenaan dengan ubat "supplement" yang banyak di pasaran. Saya
tetarik untuk berkongsi dengan para pembaca.
Pertamanya, makanan seperti ubi
jaga, tongkat ali, kacip fatimah dan pelbagai jenis herba-herba yang telah
dikomersialkan adalah bertindak sebagai makanan tambahan di dalam konteks
makanan kesihatan di Malaysia. Ia tidak dianggap ubat (walaupun ramai orang
berpendapat sebegitu). Ia sama seperti vitamin dan mineral yang juga dianggap
sebagai makanan tambahan atau supplements. Oleh hal yang demikian, jangan
anggap makanan tambahan ini seperti ubat-ubatan. Ia membantu di dalam proses
tubuh atau salah satu definisinya "adaptogen" - iaitu mengisi
ruang-ruang yang diperlukan oleh badan.
Ada ramai pakar berpendapat bahawa
makanan tambahan tidak perlu sekiranya pemakanan kita sudah cukup baik iaitu
mempunyai komposisi karbohidrat, protein, lemak, fiber, sayur-sayuran,
buah-buahan dan air. Walaupun begitu sekiranya, seseorang itu mempunyai masalah
untuk memakan makanan yang seimbang maka pemakanan tambahan boleh dicadangkan.
Terdapat ramai pengusaha industri
makanan herba atau supplements mahu menjadikan produk mereka menjadi buah mulut
orang. Mereka mahu sesuatu kesan segera kepada pemakan supplement ini. Oleh hal
yang demikian, ada pengusaha yang tidak bertanggungjawab meletakkan bahan
ubat-ubatan kepada bahan herba semulajadi mereka. Oleh itu ada tongat ali yang
dicampurkan dengan steroid atau sildenefil untuk menjadikan makanan tambahan
ini sebagai "ubat kuat lelaki". Ini menukarkan resipi makanan
tambahan tadi menjadi "ubat". Padahnya timbul apabila seseorang yang
ingin mencari makanan kesihatan bertukar kepada makanan yang sangat tidak sihat
yang boleh membawa maut.
Pengusaha herba secara komersial juga
sering menjadikan proses pengiklanan mereka sesuatu yang kadangkala boleh
menyebabkan salah faham. Ada sebuah syarikat menjual pil lelaki menggunakan
seorang "pakar sakit tuan" sebagai duta syarikat dan seolah-seolah
Pakar itulah yang menghasilkan ubat tersebut tetapi pada hakikatnya beliau
sendiri menafikan. Walaupun lumrah di dalam dunia perniagaan makanan tambahan,
namun mengaku bahawa sesetengah makanan tambahan boleh merawat kanser dan AIDS
adalah sesuatu yang sangat merbahaya dan menipu orang ramai.
Untuk pengetahuan tuan dan puan,
menjadikan sesuatu bahan itu dikriteriakan sebagai ubat yang boleh digunapakai
oleh doktor melalui proses yang sangat-sangat rapi. Itu termasuk kajian
terhadap haiwan dahulu, kemudian kajian beberapa peringkat terhadap manusia
sebelum diedarkan. Segala jenis kesan sampingan, masalah-masalah yang timbul
setelah memakan ubat juga harus diwartakan secara bertulis. Kadangkala proses
kelulusan mengambil masa beberapa tahun dan menelan jutaan ringgit. Adakalanya,
setelah habis berjuta, setelah dipasarkan, timbul pula masalah dan terpaksa
ditarik balik daripada rak-rak ubat.
Baru-baru ini di dalam surat khabar,
satu kajian telah menunjukkan bahawa segala minuman-minuman kopi yang dikatakan
mempunyai campuran tongkat ali atau kacip fatimah sebenarnya tidak mengandungi
bahan herba tersebut, dan kalau ada sangat sedikit! Ya.. sekadar habuk tongkat
ali sahaja... Nampaknya kita telah ditipu oleh pengusaha komersial minuman
kesihatan ini.. Mereka mengaut keuntungan daripada "branding" tongkat
ali yang tertulis "Eurycoma Longifolia Jack"dan sebenarnya hanya
menjual kepada anda setin kopi kosong dengan kaffein dan gula yang berharga
RM2.00...
WallahuA'lam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan