Assalamualaikum..

Keloid adalah luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul,
membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh
menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa.
Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah
diri kerana secara kosmetik ia boleh mengubah fizikal seseorang. Namun, secara
medikal, ia tidak mengundang bahaya kepada nyawa.
Keloid boleh terhasil daripada luka
terbakar, luka hirisan, luka yang terkena kuman, chicken pox (cacar), tempat
vaksinasi (di bahu - biasanya bekas BCG), jerawat, malah luka-luka kecil.
Bagaimana keloid boleh terjadi agak misteri. Ini adalah kerana walaupun di
badan seseorang yang sama, luka di tangan kanan boleh menjadi keloid sedangkan
di tangan kiri tidak pula menjadi keloid. Walaupun begitu, secara saintifik,
keloid terhasil daripada penghasilan tisu parut seperti kolagen yang
berterusan dan berterusan tanpa henti.
Keloid boleh berlaku di dalam
keluarga. Ibu dan ayah yang ada masalah keloid, biasanya anak-anak mereka juga
ada. Di Barat, keloid berlaku di kalangan keturunan Afrika berbanding orang
kulit putih. Begitu juga di Malaysia. Kebanyakan kaum India mempunyai kulit
yang senang terkena keloid, kedua melayu dan ketiga kaum cina. Anggota badan
yang senang terkena keloid apabila luka ialah dada, telinga, bahu, leher dan
muka.
Keloid sangat sukar diubati.
Sehingga kini, merawat keloid mengambil masa yang panjang dan berterusan. Malah
ketika saya bertugas di pembedahan plastik, ada pesakit yang menerima rawatan
sejak dia di bangku sekolah Menengah sehingga mula bekerja. Ada yang failnya
menjadi tebal kerana kekerapan ulangan menerima rawatan.

Cara yang lain ialah menggunakan silikon patch. Ia biasanya
digunakan di tempat-tempat yang sukar dicapai seperti di kawasan belakang dan
punggung. Tetapi boleh juga digunakan di tempat-tempat yang terbuka.
Di Jabatan Pembedahan Plastik HKL,
selain daripada bantuan nasihat, terdapat juga rawatan suntikan yang dipanggil
Triamcinolone Acetonide atau Kenacort. Ia sejenis suntikan steroid yang
digunakan untuk memberhentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Steroid
ini akan disuntik ke dalam keloid, kemudian pesakit akan datang semula untuk
menerima suntikan selama 6 kali (satu kitaran) setiap selang 4-6 minggu.
Pembedahan juga dilakukan mengikut
kesesuaian. Adakalanya luka keloid tidak sesuai dibedah. (Anda lupa ke - keloid
terhasil daripada luka termasuk luka bedah!).. Adakalanya keloid yang dibedah
boleh menjelma semula (50%) - malah datang dengan pembalasan dendamnya! Ia
boleh menjadi sebesar bola golf!
Oleh itu.... dengarlah nasihat
doktor anda. Kalau dia kata tak boleh bedah.. tak boleh bedah lahhh... nak
jugak bedah?... eeee... gerammnyaaa.. haaa..... sori lah.. angin pulak saya
nih... bukan apa.. teringat masa dulu-dulu jumpa client masa menjual product
SNE ... dah nasihatkan jangan bedah.. dia pergi carik doktor mana tah... bedah jugak..
bayar Ribu-Ribu... lepas tuh datang balik kat kita menyesal... benda tuh datang
balik balas dendam... besar dan susah nak rawat... macam cerita jangan pandang
belakang pulak.. ye dak..
Bukan apa, sebab mir juga kerap
berjumpa dengan pelbagai pesakit di hospital dan kerap berbual tentang ini
selalu jadi group mir tahu serba sedikit pasal penyakit ni...
Selain itu ada modaliti perawatan
lain macam laser, cryosurgery dan Radiation therapy! (Haaa.. silap-silap nak
rawat keloid.. kena kanser pulak... ) yang saya pun tak tahu sangat. Canggih...
tapi bak kata Prof Datuk Dr Ahmad Ridzwan Arshad ,,apa-apa kita buat pun..
gitulah rupanya... takde lah berkesan sangat pun... Tak pelah. Kita rawat
sahaja, yang menyembuhkannya tu Allah. Doa lah banyak-banyak.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan